KWSP i-Lindung | Ahli KWSP boleh dapatkan insurans dan takaful menerusi Akaun 2

2022-07-12 0

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli bagi memudahkan pembelian produk insurans daripada Akaun 2 berkuat kuasa serta merta. Menurut Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, saluran perindungan sosial dan keselamatan kewangan itu dapat meringankan bebanan ahli sekiranya situasi tidak diduga dan di luar kawalan berlaku.